Cancion : Bunga Artista : Altimet Album : Air Url : https://www.letras10.co/letra-bunga-de-altimet [Intro] Haa! [Verse 1] Pening kepala, takde duit belanja Kecewa kerana orang lain shopping selamba Nak merasa, nak join sekali bersama Mereka-mereka yang viral trending semasa Nak apa yang dia ada Aku nak orang berkata: "Ada gaya Subang Jaya, hari-hari hari raya ahh" Tak sanggup tunggu lama Takde duit, takde masa Aku jumpa satu brader Tanya cam mana, dia berkata [Pre-Chorus] Hey, isi ini borang Keluar wang berkoyan Korang jangan goyang (bayar kemudian, ooh) Mohon terus lulus Tandatangan terus Siapa taknak berlambak fulus [Chorus] Bagai bulan jatuh ke riba Nak duit, nak duit, dapat sekali bunga Jatuh bulan kan ada riba Nah duit, nah duit, sertakan bunga Jangan sampai kena sita Takde duit untuk bayar bunga Sampai boleh naik gila Rumah takde taman, masih ada bunga [Verse 2] Yeahhh man! Serba satu, semua serba baru Kalau tak, tak laku, mereka semua cerca aku Ramai kawan baru, that's my instantfam Semua laju, post pasal baju kat Instagram Beemer 3 liter, kopi mahal, kafe hipster Bukan penglipurlara, tapi tiada gebang bila cerita (woo) Putih mata, lupakan kisah lama Kalau nak lagi jumpa itu brader dia berkata [Pre-Chorus] Hey, isi ini borang Keluar wang berkoyan Korang jangan goyang (bayar kemudian, ooh) Mohon terus lulus Tandatangan terus Siapa taknak berlambak fulus Pinjam je lagi! [Chorus] Bagai bulan jatuh ke riba Nak duit, nak duit, dapat sekali bunga Jatuh bulan kan ada riba Nah duit, nah duit, sertakan bunga Jangan sampai kena sita Takde duit untuk bayar bunga Sampai boleh naik gila Rumah takde taman, masih ada bunga [Bridge] Hehehehehehe Bayaran tak cantik tolong bagi balik Tanya baik-baik sebelum ditarik Bulan ni dah lambat, tolong bagi cepat Engkau dah terjerat, terikat ketat (hah) Mana mahu lari, jangan kecik hati Janji tetap janji, perempuan atau laki Tunggak punya tunggak, pokok dan baki Bunga tanam sekali, hutang sampai mati [Chorus] Bagai bulan jatuh ke riba Nak duit, nak duit, dapat sekali bunga Jatuh bulan kan ada riba Nah duit, nah duit, sertakan bunga Jangan sampai kena sita Takde duit untuk bayar bunga (takde) Sampai boleh naik gila Rumah takde taman, masih ada bunga [Outro] Hehehehehehe ========================== Letra descargada de Letras10.co ==========================